PENOREH GETAH MENGAKU TIDAK BERSALAH ROGOL ANAK

24/07/2024 04:25 PM

KUALA PILAH, 24 Julai (Bernama) -- Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol anak kandung perempuannya di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin sejak 2019.

Penoreh getah berumur 52 tahun itu didakwa bersetubuh dengan anak perempuannya yang berumur 24 tahun, iaitu satu perbuatan yang tidak dibenarkan di bawah undang–undang, hukum agama, adat atau kebiasaan, kira-kira pukul 10.30 malam 8 pada Julai lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula lelaki itu dituduh melakukan perbuatan sama antara Nov dan Dis 2019 pada waktu pagi di rumah yang sama ketika anaknya berumur 20 tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Norma Ismail kemudian menetapkan wang jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat iaitu tertuduh tidak boleh menganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai dan sekiranya melanggar perintah itu jaminan ditarik serta-merta.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan