Premis Lombong Bitcoin Diserbu, Tujuh Ditahan

17/08/2024 10:34 PM

SEPANG, 17 Ogos (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki tempatan dan empat warga asing disyaki terbabit dalam aktiviti melombong mata wang digital atau bitcoin  dengan mencuri bekalan elektrik di daerah ini menerusi Ops Khas di Bandar Baru Salak Tinggi dan Taman Putra Perdana di sini kelmarin.

 Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua suspek berusia 30 hingga 74 tahun iitu ditahan secara berasingan dalam operasi mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik.

Dalam kenyataan malam ini, katanya antara barangan dirampas dalam Ops Khas itu termasuk 52 buah mesin bitcoin,dua buah kenderaan, tiga buah komputer riba dan tujuh  buah telefon bimbit.

“Jumlah rampasan adalah bernilai RM250,000. Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan