Kertas Siasatan Kes Muhyiddin Yassin Telah Dirujuk Kepada Pejabat Peguam Negara - KPN

21/08/2024 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R)  telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

“Kita juga telah rakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan. Kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dokumen terbabit diserahkan ketika polis mengambil keterangan beliau dipejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada pukul 11 pagi tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan