Pengurus Syarikat Rugi Lebih Rm200,000 Ditipu Dalam Urusan Jual Beli Balak

22/08/2024 10:39 AM

"Mangsa telah dibawa ke kawasan pembalakan untuk melihat sendiri komoditi tersebut, sekali gus menambahkan kepercayaan beliau terhadap suspek.

"Suspek menawarkan mangsa untuk membuat pembayaran secara berperingkat. Mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM238,000 ke akaun berasingan milik dua suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, Azli berkata mangsa dan dua suspek juga telah pergi ke pejabat guaman untuk membuat surat perjanjian.

Bagaimanapun pada 2023 mangsa telah dihubungi oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang memaklumkan bahawa surat pengesahan yang didakwa dikeluarkan oleh pihak FELCRA Bhd adalah palsu.

"Mangsa yang berusia 38 tahun telah berhubung dengan suspek yang dikenali untuk menuntut semula wang tersebut, tetapi tidak dilayan.

"Mangsa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan kerana masih lagi ingin menyelesaikan cara baik. Bagaimanapun, keengganan suspek menyebabkan mangsa berasa tertipu dan membuat laporan polis semalam," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan