Polis Manjung Lupus Pelbagai Barang Kes Bernilai RM1.46 Juta

27/08/2024 12:40 PM

LUMUT,  27 Ogos (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hari ini melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM1.46 juta.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata kesemua barang kes itu melibatkan 67 kertas siasatan yang telah selesai di mahkamah sejak 2021 hingga tahun lepas.

Beliau berkata barang yang dilupuskan ialah 1,074 unit mesin bitcoin, 15 unit komputer selain modem internet dan wayar penyambung kabel elektrik dianggarkan berjumlah RM1.3 juta, 823 karton rokok pelbagai jenama serta 139 tin dan botol minuman keras bernilai RM131,680.

"Selain itu, 56 unit telefon bimbit, pencetak mudah alih, komputer riba dan lain-lain barang kes berkaitan enakmen hiburan yang kesemuanya bernilai RM31,999 turut dilupuskan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohamed Nordin berkata kesemua barang kes itu dilupuskan menerusi kaedah pengurusan buangan eletrik dan elektronik (e-waste) bagi mesin bitcoin dan barang kes lain menggunakan jengkaut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan