Simpan Minyak Masak Tanpa Permit, Restoran Di Taiping Diserbu

29/08/2024 01:04 PM

IPOH, 29 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 430 kilogram (kg) minyak masak kerana disyaki disimpan tanpa permit di sebuab restoran di Medan Simpang dekat Taiping semalam.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata pemeriksaan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping pada 1 tengah hari itu merampas 86 botol minyak masak lima kg serta dokumen berkaitan.

"Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM2,657.40. Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati restoran terbabit gagal mengemukakan lesen atau permit berkaitan barang kawalan minyak masak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kamalludin berkata minyak masak perlu mempunyai permit atau surat kebenaran bertulis dikeluarkan Pengawal Bekalan kepada syarikat, organisasi atau individu untuk membeli barang kawalan berjadual dalam jumlah tertentu daripada pemborong berlesen bagi kegunaan selain tujuan jualan semula.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan