Keluarga Bayi Mati Di Pusat Jagaan Cadang Ambil Tindakan Undang-undang jika Ada Unsur Kecuaian

11/09/2024 07:34 PM

KOTA BHARU, 11 Sept (Bernama) -- Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat, bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pusat jagaan berpantang itu sekiranya terdapat unsur kecuaian dan dera ke atas bayi mereka.

Bapa bayi itu berkata anaknya dihantar ke pusat berkenaan beberapa hari selepas dilahirkan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pusat jagaan itu, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, namun saya serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan secara adil dan saksama.

“..dia dilahirkan dalam keadaan sihat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian 11 Ogos lepas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat Taman Desa Kujid, di sini hari ini.

Pagi tadi polis menahan reman seorang jururawat sebuah pusat jagaan berpantang di sini selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam, dan difahamkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan