Bongkah Batu Atas Jalan, Polis KLIA Terima Lima Laporan

11/09/2024 07:48 PM

SEPANG, 11 Sept (Bernama) -- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA menerima lima laporan berhubung kejadian bongkah batu yang jatuh di atas jalan raya dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuala Lumpur malam semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian pukul 8 malam itu, siasatan di lokasi mendapati sebanyak lapan kereta dan satu motosikal terlibat dalam kejadian terbabit.

"Kejadian berlaku apabila bongkah konkrit yang dimuatkan di atas sebuah kenderaan dipercayai lori telah jatuh ke atas lebuh raya dan saiz bongkah konkrit itu yang tidak begitu besar menyebabkan kenderaan yang melalui lebuh raya itu tidak menyedari objek berkenaan dan melanggarnya.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan serius yang berlaku kecuali penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau turut menasihati mangsa lain yang terlibat dalam kejadian itu untuk membuat laporan polis dengan segera.

Azman berkata pihaknya juga memohon sekiranya ada saksi bebas atau mana-mana kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka semasa objek terbabit jatuh dari kenderaan dan insiden kemalangan itu supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Trafik IPD KLIA Inspektor Arif Jantan melalui talian 013-640 4165 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan