Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak Enam Tahun

11/10/2024 02:43 PM

SEREMBAN, 11 Okt (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan seorang ibu tunggal daripada pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia enam tahun, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap A. Mariyammah, 39, di akhir kes pendakwaan. 

 "Setelah mendengar keterangan saksi dan menimbang hujahan dikemukakan kedua-dua pihak serta berdasarkan penilaian menyeluruh atas semua keterangan, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie.

"Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri," katanya. 

Mengikut pertuduhan, Mariyammah didakwa membunuh anaknya di Apartment Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 8, Seremban antara pukul 5.30 petang sehingga 6.30 petang pada 5 Sept 2020 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Seramai 13 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 2020. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz manakala tertuduh diwakili peguam S. Paul Krishnaraja dan Amy Chong.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan