WARGA EMAS RUGI RM704,000 DIPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD

17/12/2024 01:00 PM

KUALA TERENGGANU, 17 Dis (Bernama) --  Seorang ahli perniagaan warga emas mengalami kerugian RM704,000 selepas menjadi mangsa pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata lelaki berusia 73 tahun itu mendakwa melihat iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat di aplikasi WhatsApp bulan lepas.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu, telah diarahkan suspek supaya memasukkan wang ke tiga akaun berbeza dengan lelaki itu telah membuat 10 transaksi berjumlah RM704,000 dalam tempoh 4 Nov hingga 5 Dis.

"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan dan dia yang berasa tertipu telah membuat laporan polis 3 petang semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Muhamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan merujuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan