AM

114 ditahan ketika upacara angkat sumpah anggota kongsi gelap

20/01/2020 11:59 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jan -- Seramai 114 individu ditahan polis semasa menyertai upacara angkat sumpah ahli kumpulan kongsi gelap Double Seven pada Sabtu lepas.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman ke atas sebuah premis di Jalan Genting Klang, di sini. 

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa bilah pedang samurai dan barangan lain yang digunakan dalam upacara angkat sumpah untuk menyertai kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Daripada jumlah itu 107 orang merupakan lelaki selain seorang wanita warga tempatan sementara lima lelaki serta seorang wanita lagi merupakan warga Singapura," katanya.

Menurut Huzir, kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan disiasat mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata kesemua suspek sedang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan