JENAYAH & MAHKAMAH

SARJAN MAUT DENGAN KESAN TEMBAKAN DI BELAKANG BALAI POLIS

19/02/2023 11:12 PM

GEORGE TOWN, 19 Feb (Bernama) -- Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan  tembakan dalam kejadian di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun itu yang bertugas di balai berkenaan.

"Anggota polis itu meninggal dunia dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala serta pihak polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersamanya," katanya, dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihak polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan