EKONOMI

Scientex Beli 37 Bidang Tanah Di Pulau Pinang Pada Harga Rm462.9 Juta

24/05/2024 06:43 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Scientex Bhd, Scientex (Skudai) Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Land Capacity Sdn Bhd untuk membeli 37 bidang tanah pegangan bebas di Pulau Pinang pada harga RM462.49 juta.

Pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan pembelian itu dijangka selesai sepenuhnya pada separuh pertama tahun depan.

“Ia adalah peluang pelaburan strategik bagi kumpulan Scientex untuk mengembangkan 'track record' (rekod pencapaian) pembangunannya yang berjaya di Pulau Pinang sekali gus meningkatkan potensi pendapatannya dalam tempoh jangka panjang.

“Peluasan simpanan tanah ini juga seiring dengan matlamat kumpulan untuk membina 50,000 rumah mampu milik di seluruh negara menjelang tahun 2028,” kata Scientex.

Menurut pemfailan itu, petak tanah tersebut berkeluasan 286.71 hektar akan membolehkan kumpulan itu menambah simpanan tanah sedia ada di wilayah utara pada kos perolehan yang munasabah.

Simpanan tanah itu dijangka menyediakan model pembangunan hartanah yang stabil dan mampan kerana kumpulan itu menumpukan kepada hartanah tanah mampu milik, permintaannya kekal kukuh dan berdaya tahan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan