AM

Tindakan Pantas Tiga Pelajar Politeknik Berjaya Selamatkan Kanak-kanak Hampir Lemas

06/07/2024 11:24 PM

KUALA TERENGGANU, 6 Julai (Bernama) -- Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat yang dipelajari ketika belajar di politeknik, tiga pelajar institusi berkenaan berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak hampir lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, dekat Besut hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua pelajar itu ialah Ahmad Danial Safwan Ahmad Safri dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang; Naufal Zahari (Politeknik Sandakan, Sabah); dan Mohamad Haikal Danis Mohamad Nasir (Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang).

“Ketika kejadian ketiga-tiga pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti dalam kumpulan berhampiran tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan kesemua pelajar itu ternampak dua kanak-kanak berusia lingkungan sembilan tahun hampir lemas, sebelum mereka bertindak pantas menyelamatkan mangsa meskipun lokasi terbabit agak dalam dan tidak tercapai oleh kaki.

Menurut KPT, Naufal memaklumkan bahawa seorang daripada kanak-kanak itu mengalami muntah teruk dan agak lemah manakala Mohammad Haikal pula memanjatkan kesyukuran kerana berjaya menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak itu.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan