AM

AHMAD ZAHID AJAK RAKYAT PUPUK PERSAUDARAAN, BEKERJASAMA BINA NEGARA BERJAYA

06/07/2024 11:54 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat memupuk rasa persaudaraan serta bekerjasama dalam usaha membina sebuah negara yang berjaya dan sejahtera sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024.

Beliau berkata pada Awal Muharam ini, bangkitlah untuk bersama mengeratkan lagi semangat perpaduan, membina komuniti yang harmoni dan saling mendukung antara satu sama lain. 

“Selamat Menyambut Awal Muharam 1446H. Insya-Allah, mudah-mudahan tahun baharu ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua. Amin. Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pula berharap tahun baharu ini membawa rahmat dan kebahagiaan buat semua selain memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya. 

“Marilah kita sambut Awal Muharam dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan