AM

BEKAS KETUA HAKIM NEGARA TUN MOHAMED DZAIDDIN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

11/07/2024 11:08 PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Apandi berkata pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

"Jenazah akan dikebumikan esok pada 10 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah," katanya.

 Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan