JENAYAH & MAHKAMAH

SEORANG MAUT, DUA CEDERA KERETA DINAIKI DILANGGAR LORI

21/07/2024 07:14 PM

SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) -- Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kereta terbabit dipandu lelaki tempatan yang sedang menjalankan perkhidmatan e-hailing dan membawa dua penumpang warga asing. 

Beliau berkata anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.46 tengah hari tadi. 

"Seorang daripada warga asing tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua lagi mangsa cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati kereta tersebut dilanggar dari arah kiri menyebabkan seorang mangsa yang duduk di bahagian belakang kereta meninggal dunia. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan