KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kongres Koperasi Kebangsaan (KKK) 2024 bukan sahaja menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah gerakan koperasi negara tetapi juga boleh diangkat sebagai agenda utama sempena setahun Ekonomi MADANI yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai 2023.
Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata lapan resolusi yang disediakan adalah hasil daripada 27 Sesi Libat Urus (SLU) dimulakan dari Februari hingga Jun 2024 dengan penglibatan lebih 6,000 orang daripada pelbagai latar belakang.
“Resolusi yang dibentangkan ini perlu menjadi agenda utama oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan sektor koperasi negara. Gerakan koperasi merupakan wacana kejayaan ekonomi rakyat sepanjang penubuhannya sejak 1922.
“Sehingga kini, sebanyak 15,809 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan 7.2 juta orang manakala sehingga 31 Dis 2023, sektor koperasi telah menjana perolehan sebanyak RM64.6 bilion daripada jumlah syer sebanyak RM17.4 bilion dan jumlah aset bernilai RM165.9 bilion.
“Koperasi berupaya menjadi pemangkin terhadap kejayaan Ekonomi MADANI,” katanya ketika membentangkan resolusi berkenaan pada majlis penutup KKK 2024 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick dan timbalannya Datuk R. Ramanan serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Berikut resolusi yang dibentangkan pada KKK 2024 :
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial