DUNIA

Hujan Lebat Jejas 1.2 Juta Orang Di Hunan China, Usaha Menyelamat Sedang Dijalankan

01/08/2024 06:21 PM

CHANGSHA, 1 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Setakat 7 pagi Khamis, hujan lebat menjejaskan lebih 1.2 juta penduduk di Wilayah Hunan, tengah China. Pelbagai sumber telah digerakkan untuk usaha menyelamat dan bantuan.

Ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah berkata pada Khamis bahawa kawasan tanaman yang rosak akibat Taufan Gaemi telah mencecah 127,000 hektar dan 96,500 orang telah dipindahkan dengan selamat, lapor Xinhua.

Sehingga Rabu, pusat penyelamat kecemasan penerbangan wilayah mengerahkan empat helikopter untuk menyertai operasi menyelamat di Bandar Zixing, satu daripada kawasan yang terjejas teruk akibat hujan. Sebanyak 258 penerbangan telah dijalankan, mengangkut kira-kira 73 tan bekalan dan memindahkan 92 individu yang cedera dan wanita hamil.

Pada masa ini, wilayah itu terus mengekalkan tindak balas kecemasan Tahap II untuk banjir dan tindak balas kecemasan Tahap III untuk bencana geologi. Pasukan penyelamat masih bekerja tanpa henti untuk menangani kesan berterusan Taufan Gaemi. 

China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat untuk kawalan banjir dan bencana geologi, dengan Tahap I sebagai tindak balas paling mendesak.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan