AM

Perhimpunan Solidariti Rakyat Palestin Di Axiata Arena Ahad Ini

01/08/2024 09:11 PM

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Satu perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut hadir pada perhimpunan yang dijadualkan bermula pukul 8 malam itu.

"Kita buka ruang ini untuk semua pihak bersama-sama bersolidariti, dan kita harap ini akan menjadi isyarat jelas kepada masyarakat antarabangsa juga bahawa pendirian rakyat Malaysia terhadap isu Palestin tidak berubah, dan kita akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata semua pihak termasuk ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira dari parti mana sekalipun, turut dijemput hadir ke perhimpunan itu.

Sebelum ini Himpunan Solidariti Bersama Gaza pernah diadakan di Masjid Negara yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan