DUNIA

Paris 2024: Skuad Lawan Pedang Wanita AS Raih Emas Kalahkan Itali

02/08/2024 09:40 AM

PARIS, 2 Ogos (Bernama-dpa) – Skuad lawan pedang wanita Amerika Syarikat (AS) merangkul pingat emas menerusi acara foil berpasukan dalam Olimpik Paris buat kali pertama pada Khamis.

Pasukan AS itu menewaskan juara empat kali Itali dengan mata 45-39, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

AS yang sebelum ini tidak dikenali sebagai kuasa besar sukan lawan pedang dibantu oleh persembahan cemerlang pemenang pingat emas individu Paris, Lee Kiefer dan pemenang perak, Lauren Scruggs dalam acara berpasukan.

Kejayaan di Grand Palais itu melonjakkan kedudukan AS ke puncak carta pingat lawan pedang selepas sembilan daripada 12 pertandingan.

Jepun sebelum itu mengalahkan Kanada 33-32 dalam penentuan pingat gangsa.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan