AM

Persembahan 'Darul Hana Musical Fountain' Promosikan SUKMA 2024

03/08/2024 10:46 AM

KUCHING, 3 Ogos (Bernama) -- Pengunjung bakal disajikan dengan persembahan ‘Darul Hana Musical Fountain’ yang terletak di Tebingan Kuching bermula hari ini hingga 24 Ogos, bertujuan mempromosikan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Bumi Kenyalang.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertunjukan pancutan air berirama itu, akan diiringi dengan lagu tema ‘SUKMA Sarawak Kesukanan Dalam Perpaduan’ pada 8.25 malam bagi SUKMA 2024, manakala 9.25 malam pula untuk Para SUKMA 2024.

“Promosi ini kerjasama antara UKAS dan Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan akan dimainkan sehingga 24 Ogos,” menurut kenyataan itu.

Berbaki dua minggu lagi, SUKMA 2024 akan membuka tirainya bermula 17 hingga 24 Ogos di sembilan kluster meliputi Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan