DUNIA

Paris 2024: Duplantis Pecah Rekod Dunia, Raih Emas Lompat Bergalah

06/08/2024 08:27 AM

PARIS, 6 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Armand Duplantis dari Sweden memecahkan rekod dunianya sendiri untuk mempertahankan gelaran lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris pada Isnin.

Duplantis, 24, melepasi ketinggian 6.25 meter (m) pada percubaan ketiga dan terakhirnya, mengatasi rekod terdahulu 6.24m yang dicatatkan pada April lepas, lapor Xinhua.

Atlet Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks meraih pingat perak manakala Emmanouil Karalis dari Greece memenangi gangsa.

Duplantis juara dunia dua kali yang telah memecahkan rekod dunia sebanyak sembilan kali adalah lelaki pertama sejak Bob Richards dari AS melakukannya pada 1952-1956 untuk gelaran lompat tinggi Olimpik berturut-turut.

Beliau berkata sokongan penonton telah memberi dorongan kepadanya ketika dia cuba memecahkan rekod dunianya ketika pingat emas sudah pun dalam genggaman.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan