DUNIA

Paris 2024: Cao Yuan Pertahan Emas Acara 10m Platform Lelaki

11/08/2024 08:10 AM

PARIS, 11 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Penerjun China Cao Yuan berjaya mempertahankan gelaran Olimpiknya dalam acara 10 meter (m) platform lelaki pada Sabtu ketika China menyapu bersih semua lapan pingat emas terjun di Sukan Olimpik Paris, lapor Xinhua.

Cao, 29, meraih pingat emas Olimpik keempatnya dengan 547.5 mata menjadikannya penerjun pertama sejak legenda Amerika Syarikat (AS) Greg Louganis melakukannya di Sukan Olimpik Seoul 1988 untuk mempertahankan gelaran dalam acara 10m platform lelaki.

"Saya sangat teruja. Saya telah berusaha keras untuk pulih, berfikir, dan berada dalam keadaan baik di Paris," kata Cao selepas kejayaan itu.

Penerjun remaja Jepun Rikuto Tamai gagal menyempurnakan terjunan kelimanya tetapi masih berjaya meraih pingat perak dengan mata 507.65 selepas menerima markah tertinggi 99 mata dalam terjunan terakhir.

Penerjun Britain Noah Williams meraih pingat gangsa dengan 497.35 mata manakala juara dunia Yang Hao dari China tidak berada dalam prestasi terbaiknya dan menamatkan saingan di tempat terakhir dalam kalangan 12 penerjun di peringkat akhir.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan