JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM Tahan Pegawai Penguat Kuasa Minta Rasuah Tutup Kes Rogol

13/08/2024 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Perlis, esok untuk didakwa.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan