BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 POLITIK

Pelarasan Gaji: Kerajaan Hargai Pengorbanan, Dedikasi Penjawat Awam - CUEPACS

16/08/2024 02:53 PM

PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Penjawat awam berasa pengorbanan dan dedikasi mereka dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Penjawat Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat berkata pelarasan gaji tersebut, bukti bahawa kerajaan menghargai penjawat awam yang telah berterusan menabur bakti walaupun gaji mereka tidak disemak semula selama 12 tahun.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh jentera perkhidmatan awam untuk berusaha meningkatan mutu perkhidmatan dan melakukan pembaharuan bermula Isnin ini.

"Betul, selama ini memang kita telah bekerja keras dan memberi perkhidmatan terbaik. Sebab itu kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji.

"Jadi, selepas kenaikan gaji ini, kita perlu segera melakukan pembaharuan agar kita dapat berikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mendengar Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini. 

Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelarasan gaji secara berfasa sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah sebanyak tujuh peratus.

Adnan turut mengingatkan bahawa SSPA memerlukan penjawat awam untuk mengekalkan prestasi yang baik dengan adanya pembaharuan dasar, seperti kenaikan markah penilaian prestasi tahunan minimum bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat kepada 85 peratus serta penggunaan sistem MyPERFORMANCE sebagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

"Selain itu, dinyatakan bahawa mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, tidak akan layak menerima pelarasan gaji ini. Kerajaan amat menagmbil berat mengenai prestasi penjawat awam," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan