SUKAN

Karnival SUKMA Sibu Mampu Jana Nilai Jualan Lebih RM100,000

20/08/2024 11:51 AM

SIBU, 20 Ogos (Bernama) -- Karnival Sukan Malaysia (SUKMA) Bahagian Sibu dijangka mencatatkan nilai jualan melebihi RM100,000 pada akhir temasya SUKMA 2024 ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata setakat ini, karnival berlangsung di Stadium Tertutup Sibu itu telah mencatatkan nilai jualan berjumlah RM50,000. 

"Hal ini menunjukkan sokongan hebat masyarakat setempat terhadap karnival ini yang dianjurkan bersempena SUKMA 2024," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival itu hari ini.

Karnival berkenaan dianjurkan Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian Sibu bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Pejabat Residen Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Pejabat Pertanian Bahagian Sibu. 

Sebanyak 42 usahawan menyertai karnival itu dengan menjual pelbagai produk kraf tangan dan makanan tempatan.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan berkata karnival itu membuka ruang dan peluang kepada usahawan tempatan Sibu untuk terlibat memasarkan produk mereka yang unik.

"Ini semestinya menjana pendapatan yang akan menggalak pertumbuhan ekonomi isi rumah," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan