AM

30 Cawangan Insurans Hayat Dan Am Allianz Malaysia Kini Dikenali Sebagai One Allianz

03/09/2024 07:10 PM

IPOH, 3 Sept  (Bernama) -- Kejayaan Allianz Malaysia Bhd menyelesaikan transformasi perkhidmatan pelanggannya kepada One Allianz diraikan dalam satu majlis di cawangan Ipoh di Jalan Dato' Seri Ahmad Said, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata One Allianz merupakan inisiatif penting dilancarkan syarikat itu pada 2022 untuk mewujudkan senergi lebih kukuh antara Allianz General dan Allianz Life, dengan cawangan pertamanya di Melaka menjadi pusat One Allianz utama. 

 Inisiatif itu bertujuan menyelaraskan perkhidmatan pelanggan bagi insurans am dan hayat di bawah satu bumbung sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan dalam memilih pelbagai penyelesaian insurans yang ditawarkan.

Selain itu, pelanggan Allianz Malaysia kini boleh dengan mudah menguruskan polisi insurans hayat dan am mereka di mana-mana cawangan syarikat berkenaan.  

“Hari ini pelanggan kami boleh melangkah masuk ke mana-mana cawangan di seluruh negara atau berhubung dengan Allianz Contact Center bagi mendapatkan maklumat mengenai mana-mana produk kami.

“Di Allianz Malaysia, kami mempunyai hampir 3.6 juta pelanggan, bermakna terdapat peluang besar untuk penjualan silang bagi mana-mana produk kami. Saya juga ingin berterima kasih kepada pasukan agensi yang berkerja keras mengembangkan pangkalan data kami,” katanya kepada pemberita selepas meraikan One Allianz cawangan Ipoh di sini hari ini. 

Beliau berkata ketika ini terdapat 595,000 pelanggan telah membeli produk insurans di bawah Allianz Life, manakala 3 juta pelanggan lagi membeli produk Allianz General dan 126,000 adalah pelanggan One Allianz yang membeli sekurang-kurangnya satu produk daripada setiap kategori setakat Julai lepas. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan