DUNIA

Pesawat Trigana Air Tergelincir Dari Landasan Di Lapangan Terbang Papua Indonesia

09/09/2024 06:04 PM

JAKARTA, 9 Sept (Bernama) -- Sebuah pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui di Pulau Yapei, Papua, pada Isnin, menurut Kementerian Pengangkutan.

Pesawat itu, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sentani dan membawa 42 penumpang dan enam kru, terbabas ketika bersiap sedia untuk berlepas pada 10.40 pagi waktu tempatan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara, Maria Kristi Endah Murni menyatakan laporan awal mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat, walaupun ada yang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Serui.

"Punca pesawat tergelincir masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan pesawat itu mendarat pada 10.19 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Frans Kaisiepo di Biak dan diparkir pada 10.21 pagi.

Ia mula bergerak ke Lapangan Terbang Sentani pada 10.35 pagi tetapi tergelincir ke kiri hanya seminit kemudian, berhenti 1,200 meter dari landasan aktif 28.

Unit Operasi Lapangan Terbang diarahkan untuk terus memantau dan menyelaras dengan semua pihak berkaitan yang terlibat dalam pemindahan dan tindak balas terhadap insiden itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan