JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Terima Lima Laporan 'Pelancong' China Bekerja Di Semporna

04/10/2024 02:00 PM

SEMPORNA, 4 Okt (Jumaat) -- Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata kesemua laporan polis itu dilakukan oleh pengusaha pelancongan di daerah itu pada Rabu lepas.

"Pengadu menyatakan ketidakpuasan hati berikutan terdapat warga China yang menggunakan pas lawatan dan bekerja di Semporna tanpa memiliki sebarang pas bekerja yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengadu khuatir perkara itu akan memberikan kesan negatif kepada sektor pelancongan dan perniagaan di Semporna.

Susulan itu, perkara berkenaan dirujuk kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan