AM

Bomba Selamatkan 28 Orang Terperangkap Banjir Di Baling

08/10/2024 04:37 PM

ALOR SETAR, 8 Okt (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 28 orang yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Banggol Deram, Baling, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.43 pagi sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebanyak 28 mangsa daripada enam keluarga terlibat dalam kejadian ini apabila rumah mereka dinaiki air setinggi lebih 1.2 meter akibat limpahan air Sungai Ketil susulan hujan lebat sejak semalam.

“Kerja-kerja menyelamat menggunakan bot telah dilakukan untuk memindahkan kesemua mangsa ke Surau Banggol Deram dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat pagi tadi seramai 439 orang daripada 122 keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan