AM

Belanjawan 2025: Universiti Heriot-Wat Sokong Usaha Majukan Pengajian Tinggi Dan Penyelidikan

11/10/2024 08:46 PM

KUALA LUMPUR, Oct 11 (Bernama) -- Pada ketika keterujaan yang semakin meningkat terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt, Universiti Heriot-Watt Malaysia membentangkan harapannya yang mengutamakan agenda untuk memajukan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi di negara ini.

Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Hariot-Wat Malaysia Profesor Mushtak Al-Atabi berkata walaupun peruntukan Belanjawan 2024 sebanyak RM16.3 bilion untuk pendidikan tinggi satu peningkatan signifikan berbanding RM15.3 bilion tahun sebelumnya, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang lebih baik, berdasarkan kepada landskap ekonomi global semasa.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Naib Canselor Universiti Swasta (VCCPU) berkata Belanjawan 2025 perlu mencerminkan komitmen yang lebih besar terhadap pendidikan tinggi, bagi menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi melalui pembangunan mampan dan digital.

“Pelaburan sedemikian akan mewujudkan satu kitaran ekonomi positif dengan peningkatan modal insan, memacu produktiviti dan daya saing, menarik pelaburan asing, menyokong kepelbagaian ekonomi dan menggalakkan kesaksamaan sosial, secara kolektif menyumbang kepada pertumbuhan dan peningkatan mampan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK).

“Selain itu, sistem pendidikan tinggi dengan pembiayaan yang baik, penting untuk mencapai matlamat negara menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang diiktiraf di peringkat global. Ia akan membantu kami menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan bersaing secara efektif di pentas global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mushtak turut mencadangkan beberapa imperatif strategik untuk mengukuhkan landskap pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata insentif perlu disediakan kepada kedua-dua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, untuk menarik dan mendaftarkan lebih ramai pelajar antarabangsa yang akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global dan memupuk individu yang berdaya saing di peringkat global, berkemahiran tinggi dan juga akan mempunyai kesan positif terhadap KDNK negara.

Strategi lain yang dicadangkan ialah peruntukan pembiayaan kerajaan untuk penyelidikan dan inovasi, kerana kedua-duanya penting untuk pembinaan negara dan dengan peruntukan itu, negara akan dapat menghasilkan kemajuan signifikan yang meningkatkan kehidupan dan menyumbang kepada peningkatan masyarakat.

“IPT awam dan swasta di Malaysia berpeluang mendapat kelebihan signifikan daripada dana yang diperuntukkan untuk penyelidikan dan pemikiran yang tiada had. Pelaburan ini akan memupuk idea dan kreativiti segar, memacu pembangunan negara,” katanya.

Mushtak berkata Belanjawan 2025 juga perlu memfokuskan kepada penggunaan teknologi yang lebih meluas dalam pendidikan, untuk membantu menyediakan pelajar Malaysia untuk masa depan yang dipacu teknologi.

Beliau berkata inisiatif itu akan mengurangkan beban pensyarah, membebaskan mereka untuk memfokuskan kepada usaha mereka pada beberapa bidang penting lain, seperti perhubungan lebih baik dengan pelajar, mengurus penilaian dengan lebih cekap dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih peribadi.

“Dana juga mungkin boleh diperuntukkan untuk meningkatkan IPT di Malaysia menjadikan pendidikan lebih inklusif dan untuk memupuk populasi neurodiverse.

“Ini akan memastikan pelajar kurang upaya akan mempunyai peluang yang sama untuk bersosial dan akses kepada kemajuan akademik sama dengan rakan sebaya neurotypical mereka,” katanya.

Beliau berkata adalah penting untuk mewujudkan pendekatan terpadu dan penanda aras bagi kualiti pendidikan yang ditawarkan, bersama-sama dengan menyediakan insentif untuk menggalakkan universiti memperoleh kedudukan global yang boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan di peringkat antarabangsa dan meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi untuk pelajar antarabangsa.

Mushtak turut mengesyorkan penyediaan insentif kepada IPT untuk menggalakkan penggunaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar, kerana perkara itu boleh memacu pertumbuhan ekonomi melalui kemajuan teknologi dan membawa kepada faedah ekonomi yang ketara.

“Tambahan pula, kecerdasan buatan (AI) telah pun mentransformasikan ekonomi global dengan cara yang kompleks. Kerajaan Malaysia perlu terus membangunkan strategi komprehensif untuk memanfaatkan AI sepenuhnya.

“Strategi ini mungkin termasuk inisiatif yang menyokong inovasi, melabur dalam infrastruktur AI dan menggalakkan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan ahli akademik,” katanya.

Mushtak berkata walaupun kerajaan telah mencapai kemajuan signifikan, ia masih berpeluang melancarkan lebih banyak inisiatif yang bukan sahaja membangun dan mengekalkan kumpulan bakat yang ramai, tetapi juga mengukuhkan ekonomi pengetahuan.

“Dengan berbuat demikian, kerajaan boleh memacu negara ke hadapan melalui penciptaan pekerjaan dan memupuk pemimpin yang bersedia untuk menangani cabaran masa depan dan cemerlang dalam pasaran yang semakin kompetitif,” katanya.

Mushtak percaya bahawa pelaburan dalam domain strategik itu, akan memperkasakan IPT di Malaysia dan meninggalkan kesan positif pada landskap pendidikan tinggi Malaysia, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Universiti Heriot-Watt ialah sebuah universiti teknologi dan perniagaan terkemuka yang disenaraikan dalam 10 teratas untuk Kesan Penyelidikan di United Kingdom. Ia mempunyai kampus di Scotland, Malaysia, dan Dubai, menawarkan pelajar pengalaman pembelajaran yang benar-benar global.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan