AM

Ziarah MADANI: PM Anwar Hulur Bantuan Kepada Pesakit Buah Pinggang Di Kuantan

12/05/2026 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan dan kotak makanan kepada seorang pesakit buah pinggang kronik, Anuar Hassan, di Balok Baru, Kuantan, Pahang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika mengadakan Program Ziarah MADANI Indera Mahkota.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri, Ahmad Farhan berkata sumbangan itu bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga Anuar.

Selain menghidap penyakit buah pinggang kronik, beliau memaklumkan Anuar yang tinggal bersama dengan isteri dan anak-anaknya itu, turut bergantung pada mesin alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan seharian.

"Saya amat tersentuh melihat ketabahan beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini," katanya menerusi hantaran itu, hari ini.

Ahmad Farhan juga menitipkan doa agar Anuar terus diberi kekuatan, dipermudah segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang baik oleh Allah SWT.

"Semoga semangat dan ketabahan keluarga ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar sentiasa saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan