KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua MUDA Bahagian Kulai M. Premanand, 53, dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Ketua Penerangan MUDA Muar Muhammad Amir Fiqri, 30, di DUN Maharani manakala Setiausaha Agung MUDA Ainie Haziqah Shafii, 36, di DUN Simpang Jeram.
Pengumuman kesemua calon dibuat Presiden MUDA Amira Aisya Abdul Aziz pada Malam Suara MUDA, di sini.
Semalam, Amira Aisya mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, pada PRN berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial