PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH BERIKUTAN KEBIMBANGAN TERHADAP PERMINTAAN LEMAH

18/06/2024 10:02 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan kebimbangan mengenai permintaan yang lebih lemah dan peningkatan pengeluaran dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata harga MSM pada paras sokongan RM3,800 satu tan dan rintangan pada RM3,950 satu tan.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 susut RM24 kepada RM3,937 satu tan, kontrak Ogos 2024 berkurangan RM36 kepada RM3,910 satu tan manakala kontrak September 2024 dan Oktober 2024 menyusut RM45 masing-masing kepada RM3,883 dan RM3,866 satu tan.

Kontrak bagi November 2024 turun RM49 kepada RM3,862 satu tan dan kontrak Disember 2024 berkurangan RM47 kepada RM3,877 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 81,421 lot daripada 91,048 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 229,789 kontrak daripada 229,646 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan berkurangan RM30 kepada RM3,970 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan