PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

19/06/2024 07:25 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam julat dagangan kecil berikutan pelabur mengambil keuntungan di samping mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat, dalam keadaan fasa konsolidasi, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.39 peratus atau 6.34 mata kepada paras terendah harian 1,599.79 berbanding 1,606.13 semasa ditutup pada Selasa, ditutup di bawah paras utama 1,600.

FBM KLCI, yang dibuka 2.34 mata lebih tinggi kepada 1,608.47, mencapai paras tertinggi harian pada 1,609.22 pada sesi awal pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 907 berbanding 341 manakala 451 kaunter tidak berubah, 702 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.57 bilion unit bernilai RM4.06 bilion daripada 5.92 bilion unit bernilai RM4.14 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata syarikat yakin penjualan hari ini menawarkan peluang baik untuk pelabur melakukan belian semasa harga rendah pada paras lebih rendah, terutama saham mewah, dan menjangkakan peningkatan yang cepat dalam FBM KLCI.

"Kami mengunjurkan indeks petunjuk pasaran dalam julat 1,600-1,620 untuk tempoh yang berbaki minggu ini," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, indeks utama ditutup bercampur-campur, dengan sentimen positif yang dicetuskan oleh kenaikan saham teknologi Amerika Syarikat (AS) manakala data jualan runcit AS yang lemah menguatkan jangkaan kepada pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada akhir tahun ini.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Petronas Dagangan merosot 40 sen kepada RM17.38, Press Metal turun 10 sen kepada RM5.78, IOI Corp dan Genting Bhd masing-masing berkurangan 6.0 sen kepada RM3.75 dan RM4.70, dan TM rendah 8.0 sen kepada RM6.73.

Bagi kaunter paling rugi, Dutch Lady Milk Industries menyusut 74 sen kepada RM36.86, SHL berkurangan 24 sen kepada RM2.54, Chin Hin rendah 21 sen kepada RM3.13, dan Malaysia Pacific Industries merosot 20 sen kepada RM39.70.

Antara kaunter paling aktif, Top Glove turun 3.0 sen kepada RM1.14, Jaks Resources naik 1.0 sen kepada 19 sen, JCY susut setengah sen kepada 82.5 sen, MYEG berkurangan 1.0 sen kepada RM1.06 dan Dagang NeXchange susut setengah sen kepada 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 73.10 mata kepada 12,292.04, Indeks FBMT 100 susut 65.62 mata kepada 11,867.50 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 104.50 mata kepada 12,634.87.

Indeks FBM 70 rendah 174.13 mata kepada 17,931.08 dan Indeks FBM ACE berkurangan 53.07 mata kepada 5,796.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 42.64 mata kepada 17,477.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.18 mata kepada 197.49, Indeks Tenaga rendah 4.96 mata kepada 983.38, dan Indeks Perladangan menyusut 27.30 mata kepada 7,003.17.

Jumlah dagangan Pasaran Utama rendah kepada 3.31 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 3.41 bilion unit bernilai RM3.58 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.19 bilion unit bernilai RM162.56 juta berbanding 1.27 bilion unit bernilai RM186.09 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 1.05 bilion saham bernilai RM377.50 juta berbanding 1.24 bilion saham bernilai RM379.17 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 447.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (782.21 juta), pembinaan (376.41 juta), teknologi (536.57 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (107.32 juta), hartanah (263.85 juta), perladangan (27.80 juta), REIT (21.06 juta), dana tertutup (16,000), tenaga (210.60 juta), penjagaan kesihatan (246.15 juta), telekomunikasi dan media (45.04 juta), pengangkutan dan logistik (95.59 juta), utiliti (163.49 juta), dan amanah perniagaan (448,700).

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan