PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

19/07/2024 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi di pasaran tunai. 

Kontrak bulan semasa Julai 2024 dan Ogos 2024 meningkat 1.0 mata masing-masing kepada 1,640.0 dan 1,643.0 manakala September 2024 naik 0.5 mata kepada 1,626.5 serta Disember 2024 melonjak 2.5 mata kepada 1,634.0.

Jumlah dagangan berkurang kepada 5,055 lot daripada 5,865 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka turun kepada 50,832 kontrak daripada 50,969 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.74 mata atau 0.17 peratus kepada 1,636.55 daripada paras penutup 1,633.81 pada Khamis. 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan