PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

19/07/2024 09:37 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dengan 21 lot diniagakan, seiring dengan pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,418.10 setiap auns troy daripada US$2,467.10 setiap auns troy pada Khamis manakala Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 ditutup rendah kepada US$2,434.10 setiap auns troy daripada US$2,483.10 setiap auns troy.

Di peringkat global, harga emas menyusut lebih daripada satu peratus apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh dan beberapa pelabur menyimpan keuntungan berikutan lonjakan harga logam berharga itu baru-baru ini susulan jangkaan kadar faedah AS akan diturunkan pada September ini.

Harga emas semerta turun 1.4 peratus kepada US$2,411.78 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 21 lot daripada 18 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 36 kontrak daripada 30 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,463.80 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 18 Julai, 2024.

-- BERNAMA  

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan