PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

25/07/2024 07:26 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 merosot 9.5 mata kepada 1,614.0, Ogos 2024 turun 9.0 mata kepada 1,618.5, September 2024 menyusut 10.0 mata kepada 1,601.5 dan Disember 2024 berkurangan 8.5 mata kepada 1,610.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 16,705 lot daripada 7,062 pada Rabu manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 64,679 kontrak daripada 55,105.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 5.96 mata atau 0.37 peratus kepada 1,615.18 daripada 1,621.14 pada Rabu.            

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan