PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

25/07/2024 09:31 PM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut pada Khamis, menjejaki penurunan dalam pasaran minyak sawit Chicago dan harga olein sawit Dalian yang merosot. 

Bagaimanapun, peniaga minyak sawit David Ng berkata tekanan menurun itu dihadkan oleh jangkaan permintaan yang kukuh, yang mungkin akan menyerap peningkatan trend pengeluaran.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,850 dan paras rintangan pada RM4,000," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 susut RM16 kepada RM4,008 satu tan, September 2024 turun RM1 kepada RM3,950 satu tan, dan Oktober 2024 merosot RM7 kepada RM3,918 satu tan.

Sementara itu, kontrak November 2024, Disember 2024 dan Januari 2025 masing-masing merosot RM10 kepada RM3,902, RM3,904 dan RM3,916 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 66,335 lot berbanding 71,404 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 222,405 kontrak daripada 221,901 kontrak sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan tidak berubah pada RM4,040  satu tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan