PASARAN > BERITA

Ringgit Akhiri Kenaikan Sebelum Ini Untuk Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

06/08/2024 07:49 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat semula.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4725/4770 berbanding dolar AS daripada 4.4240/4305 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa pasaran kewangan global masih belum stabil berikutan kebimbangan mengenai potensi kemelesetan yang akan terus menjadi tumpuan.

“Mungkin terdapat kecenderungan untuk permintaan terhadap dolar AS meningkat berikutan peniaga mencari kestabilan dalam mata wang selamat.

“Pada masa ini, ringgit akan berada hampir kepada paras halangan pada 4.4960 berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) yang akan menyebabkan permintaan tinggi untuk dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, walaupun tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.0879/0914 daripada 3.1067/1117 pada Isnin.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6837/6894 daripada 5.6379/6462 dan rendah berbanding euro kepada 4.8799/8849 daripada 4.8434/8505 sebelum ini.

Begitu juga, mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3694/3730 daripada 3.3485/3536 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.5848/6024 daripada 12.5528/5791 sebelum ini.

Ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 276.6/277.1 daripada 273.2/273.7 pada Isnin dan turun berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.75 daripada 7.64/7.66.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan