PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

06/08/2024 09:31 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi niaga hadapan emas COMEX yang agak baik.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 turun kepada US$2,432.60 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,474.50 setiap auns troy pada Isnin.

Sementara itu, kontrak September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 ditutup rendah kepada US$2,436.30 setiap auns troy berbanding US$2,478.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 51 lot daripada 22 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 21 kontrak daripada sembilan kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,393.85 setiap auns troy mengikut harga London Bullion Market Association pada 5 Ogos.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan