PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

29/08/2024 11:08 AM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pagi ini, walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai lemah.

Sehingga 9.45 pagi, niaga hadapan Ogos 2024 meningkat 7.5 mata kepada 1,689.0, September 2024 naik 10 mata kepada 1,671.0, Disember 2024 menambah 11 mata kepada 1,678.0 dan Mac 2024 melonjak 13 mata kepada 1,666.0.

Jumlah dagangan sebanyak 8,497 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 68,444 kontrak.

Pada 10.00 pagi, FBM KLCI naik 5.99 mata kepada 1,681.06 daripada 1,675.24 pada Rabu.

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan