PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

29/08/2024 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 susut 23.5 mata kepada 1,658.0, Disember 2024 turun 29 mata kepada 1,638.0, September 2024 berkurang 16.5 mata kepada 1,644.5 dan Mac 2025 merosot 22.5 mata kepada 1,644.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 28,236 lot daripada 80,730 lot sewaktu ditutup pada Rabu manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 74,912 kontrak daripada 131,020 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurang 21.69 mata atau 1.29 peratus kepada 1,653.55 daripada paras penutup 1,675.24 pada Rabu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan