PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

29/08/2024 09:02 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,535.60 setiap auns troy daripada US$2,520.90 setiap auns troy sewaktu ditutup pada Rabu manakala September 2024 meningkat kepada US$2,539.30 setiap auns troy daripada US$2,524.60 setiap auns troy sebelumnya.  

Kontrak pada Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,541.60 setiap auns troy daripada US$2,526.90 setiap auns troy pada Rabu.  

Jumlah dagangan melonjak kepada 36 lot daripada 11 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 77 kontrak daripada 52 kontrak. 

Harga emas fizikal berada pada US$2,505.25 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 28 Ogos, 2024. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan