PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

30/08/2024 09:15 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki momentum yang memberangsangkan di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, Ogos 2024 bertambah 12.5 mata kepada 1,670.5, September 2024 meningkat 27 mata kepada 1,671.5, Disember 2024 melonjak 39.5 mata kepada 1,677.5 dan Mac 2025 menokok 18 mata kepada 1,662.5.

Jumlah dagangan susut kepada 19,698 lot daripada 28,236 lot sewaktu ditutup pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 65,635 kontrak daripada 74,912 kontrak.

Pada pukul 5 petang, FBM KLCI melonjak 25.25 mata kepada 1,678.80 daripada paras penutup 1,653.55 pada Khamis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan