POLITIK > BERITA

ISU KEKOSONGAN KERUSI ENAM AHLI PARLIMEN BERSATU, BIAR SPEAKER PUTUSKAN - PM ANWAR

21/06/2024 03:35 PM

PETALING JAYA, 21 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memutuskan mengenai isu kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah terhenti keahlian mereka serta-merta.

“Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker yang putuskan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan