SUKAN > BERITA

29 ATLET SAH WAKILI MALAYSIA DI SUKAN PARALIMPIK PARIS

20/07/2024 03:23 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Sejumlah 29 atlet iaitu yang paling ramai, disahkan akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 Sept kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Beliau berkata seorang lagi iaitu atlet sukan tenis kerusi roda, juga berkemungkinan akan menyertai temasya sukan empat tahun sekali itu.

Megat D Shahriman berkata keputusan itu disahkan selepas jawatankuasa pemilihan MPM bermesyuarat hari ini, bagi mengesahkan senarai akhir atlet yang akan mewakili negara.

“Proses pemilihan ini satu prosedur wajib seperti dinyatakan dalam Perlembagaan MPM dan seperti garis panduan dikeluarkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam pemilihan atlet untuk mengambil bahagian di Paris 2024.

“Atlet yang layak bermakna layak dengan nama, kedudukan dan dwipihak. Setiap sukan mempunyai kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Antarabangsa yang mengawal selia sukan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa pemilihan diketuai Megat D Shahriman dan dibantu pegawai kanan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), wakil persatuan kebangsan berkaitan dan Chef de Mission Datuk Subramaniam Raman Nair.

Megat D Shahriman berkata mengenai atlet tenis kerusi roda itu, penyertaannya kini masih menunggu kelulusan IPC yang dijangka membuat keputusan pada 2 Ogos.

Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebanyak 22 atlet Malaysia menyertai sembilan jenis sukan.

 

Senarai atlet paralimpik yang akan mewakili Malaysia di Paris:

Olahraga

1. Datuk Abdul Latif Romly- lompat jauh 

2. Muhammad Nazmi Nasri- lompat jauh

3. Jonathon Wong Kar Gee- lompat jauh

4. Muhammad Ziyad Zolkefli- lontar peluru

5. Eddy Bernard- 100 meter (m) 

6. Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi- 400m 

 

Berbasikal

7. Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin - lebuh raya & trek 

8. Muhammad Adi Raimie Amizazahan - lebuh raya & Trek 

9. Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais - lebuh raya & trek 

10. Nurul Suhada Zainal - pilot 

11. Nur Suraiya Muhamad Zamri - lebuh raya & trek 

12. Farina Shawati Mohd Adnan - pilot 

 

Badminton

13. Cheah Liek Hou - perseorangan

14. Mhd Amin Burhanuddin - perseorangan 

15. Muhammad Fareez Anuar - perseorangan

16. Muhammad Ikhwan Ramli - beregu WC 

17. Noor Azwan Noorlan - beregu WC 

 

Memanah

18. Suresh Selvatamby - recurve 

19. Nur Jannaton Abdul Jalil - compound 

20. Daneshen Govinda Rajan - compound 

 

Boccia

21. Abdul Razzaq Abdul Rahman BC4 – perseorangan & beregu 

22. Noor Askuzaimey Mat Salim BC4 – perseorangan & beregu 

23. Lee Chee Hoong BC2 – perseorangan 

 

Powerlifting

24. Bonnie Bunyau Gustin- sehingga 72 kilogram (kg)

25. Nicodemus Manggoi Moses- sehingga 97kg

26. Jong Yee Kee- sehingga 107kg

 

Tenis Kerusi Roda

27. Mohamad Yusshazwan Yusoff- perseorangan & beregu 

28. Abu Samah Borhan- beregu (masih menunggu pengesahan) 

 

Renang 

29. Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan- 100m

30. Muhammad Nur Syaiful Zulkafli- 50 / 100 / 200 / 100m

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan