SUKAN > BERITA

NABIL IMAN, NAJWA ZARA JUARA SKUASY PUSINGAN KEDUA SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN

21/07/2024 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Nabil Iman Sharizan Azrol dan Najwa Zara Mohd Fakhrur Razi masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita bawah 19 tahun pada pusingan kedua Kejohanan Skuasy Sirkit Remaja Kebangsaan di Pusat Skuasy Astaka, Petaling Jaya, hari ini.

Nabil Iman yang mewakili Perlis memerlukan 32 minit untuk menumpaskan pemain Kuala Lumpur Erwin Kros Christopher 12-10, 11-9 dan 11-4, sekali gus menjadi pengubat duka buatnya selepas ditewaskan Erwin pada final Kejohanan Remaja Asia Tenggara di Bangkok, Mei lalu.

”Saya main sehabis baik kerana waktu latihan memang saya selalu kalah dengannya (Erwin). Jadi saya cuba sedaya boleh untuk menang dan itu menjadi sasaran,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini.

Sementara itu, aksi final wanita pula menyaksikan Najwa Zara dari Kuala Lumpur mengatasi pemain Kedah, Dayana Qistina Anuar 11-4, 6-11,11-8, 11-9 dalam tempoh 25 minit.

Najwa Zara sebelum ini sekadar naib juara pusingan pertama kejohanan apabila tewas kepada pemain Negeri Sembilan, Harleein Tan di pentas final.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan