SUKAN > BERITA

SUKMA 2024: Philippa Impi Kenangan Terindah Di Usia 20 Tahun

12/08/2024 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Atlet lawan pedang wanita negara Philippa Jean Ong Ziyi mahu menjadikan penampilan pertama dan terakhirnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak sebagai kenangan paling indah di usia 20 tahun.

Bagi merealisasikan impian berkenaan, Philippa sanggup berguru bersama skuad kebangsaan Vietnam di Ho Chi Minh, Vietnam serta ke negara matahari terbit iaitu Jepun dalam usaha menjelmakan pingat emas buat kontinjen Wilayah Persekutuan (WP).

“Sasaran peribadi saya ialah memenangi dua pingat emas untuk Putrajaya (Wilayah Persekutuan) - satu dalam acara foil individu wanita dan acara foil berpasukan wanita.

“SUKMA terasa seperti Sukan Olimpik bagi saya kerana ia merupakan temasya sukan berprestij di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kontinjen WP menghantar seramai 18 atlet lawan pedang yang akan menyertai enam acara dipertandingkan di Miri, Sarawak bermula 19 hingga 23 Ogos.

SUKMA 2024 akan membuka tirai 17 hingga 24 Ogos ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan